Universiti Antarabangsa Al-Madinah ( MEDIU ) telah mengambil bahagian dalam Persidangan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab kepada penutur asing bahasa itu dengan tema ” Ke Arah Keberkesanan Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab “. Persidangan itu telah diadakan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS ), Sabak Bernam , Selangor pada 18-19 Oktober 2013. ILDAS merupakan sebuah institusi yang bernaung di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).
MEDIU diwakili oleh Asst. Prof Dr Abdallah Ahmad Abdallah ; Dekan Fakulti Bahasa, Mohamad Anas Naji ; Pensyarah dari Fakulti Sains Islam dan Ahmed Jakmiri ; Pensyarah dari Pusat Bahasa . Mereka telah membentangkan kertas penyelidikan bertajuk “Pembangunan Kemahiran Bahasa Arab kepada Penutur Asing”, “Kaedah Pembelajaran Bahasa Arab untuk Penuntut Asing di Sekolah Ibnu Khaldun”, dan “Kaedah Pembelajaran Bahasa Arab Penutur Asing di MEDIU (Model: Pelajar Malaysia)”. Antara penyertaan yang terlibat di dalam persidangan itu adalah daripada kalangan guru-guru sekolah, pensyarah dan ahli akademik universiti dalam bidang Bahasa Arab.
Selain itu, pihak penganjur turut menekankan usaha ke arah pembangunan kaedah pembelajaran Bahasa Arab dan kurikulum sedia ada selain memberi penekanan ke atas penggunaan teknologi moden terkini dalam pengajaran bahasa Arab kepada penutur asing.