Al-Madinah International University (MEDIU) telah melangkah ke hadapan untuk memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai matlamat dan visi, serta berkaitan dengan institusi pengajian tinggi antarabangsa. Baru-baru ini, MEDIU menandatangani memorandum perjanjian dengan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) (http://www.icym.edu.my) pada hari Rabu, 17 Oktober 2018 dalam rangka kerjasama pendidikan di kampus ICYM di Bukit Sebukor, Melaka.
Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Ketua Eksekutif ICYM; Datuk Haji Saroni bin Haji Judi disaksikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan MEDIU; Prof. Dr. Ab Rahim Ismail dan Pendaftar ICYM, En. Aminalrashid Mohd Hussain. Perjanjian bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan di antara kedua-dua institusi pendidikan terutamanya di dalam bidang pendidikan, merangkumi program kecemerlangan akademik khas khususnya di dalam disiplin pengajian Sarjana Muda Bahasa Arab dan Sains Islam.
Turut hadir mengiringi ialah delegasi MEDIU yang terdiri daripada Dekan Fakulti Bahasa; Prof. Madya Dr. Abdulwasiu Isiaq Nasirudeen, Pengarah Pusat Pengajian Persediaan dan Bahasa (CPSL); Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega, Pengarah Bahagian Pengurusan Perkhidmatan; Encik Fuad Ahmad Umar Al’As, Ketua Jabatan Pengantarabangsaan; Encik Ahmad Fallatah, Ketua Jabatan Perhubungan Awam; Encik Jamaluddin Hussain dan Pendaftar Kanan; Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff.
Pautan berita: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kerjasama-mediu-icym-dalam-program-akademik-berbahasa-arab-1.772157












