Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melangkah ke hadapan dalam melanjutkan jambatan kerjasama dan bergerak ke hadapan ke arah mencapai matlamat dan visi dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan Ez-Zehraa University, Turkey pada hari Jumaat, 19 Januari 2018 di dalam rangka kerjasama bidang pendidikan.
Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Prof. Dr. Osama Gado, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang merangkap Ketua Hal Ehwal Antarabangsa Luar dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Teknologi, Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir. Perjanjian tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua organisasi, terutamanya di dalam bidang latihan dan perundingan.