fbpx

Memorandum Perjanjian MEDIU-DHS Hospitality Academy Sdn. Bhd dan Universal Crescent Standard Center (UCSC)

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan institusi tempatan yang berpengalaman luas dalam bidang perhotelan dan pelancongan berasaskan halal dan menepati Syariah. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama DHS Hospitality Academy Sdn. Bhd dan Universal Crescent Standard Center (UCSC) pada hari Rabu, 1 Disember 2021.

Mewakili Al-Madinah International University (MEDIU) ialah Ketua Eksekutif, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman manakala DHS Hospitality Academy Sdn. Bhd telah diwakili oleh Pengasas, Dr. Sri Kumar Sivakumaran dan Universal Crescent Standard Center (UCSC) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Norain Othman.

MoA ini merupakan usahasama bagi mewujudkan kursus dalam bidang hospitaliti dan pelancongan berasaskan halal dan patuh syariah di Al-Madinah International University (MEDIU) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau ‘O’ Level, dimana kursus itu akan berasaskan halal dan patuh syariah, malah akan terlibat dalam penganjuran kursus pendek serta latihan khas kepada komuniti dan organisasi melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).