Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melangkah ke hadapan dalam melanjutkan jambatan kerjasama dan bergerak ke hadapan ke arah mencapai matlamat dan visi university dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan Aden University, Yemen pada hari Khamis, 24 Jun 2018 di dalam rangka kerjasama bidang pendidikan. Aden University (http://www.aden-univ.net/) merupakan university pertama yang ditubuhkan di Yemen.
Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Naib Presiden Hal Ehwal Akademik Universiti Aden; Dr. Adel Abdul Majeed disaksikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik MEDIU; Prof. Dr. Ab Rahim Ismail dan Dekan, Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Wael Mohamed Shaher Yafooz.
Perjanjian ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua universiti, terutamanya di dalam bidang perkhidmatan latihan dan pendidikan. Perjanjian itu juga merangkumi rangka kerja untuk pembangunan program latihan dan pengorganisasian kursus latihan dan bengkel dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua universiti.