Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melangkah ke hadapan dalam melanjutkan jambatan kerjasama dan bergerak ke hadapan ke arah mencapai matlamat dan visi dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan KOSAS Permodalan Sdn Bhd (KPSB) pada hari Isnin, 4 Disember 2017 di dalam rangka kerjasama bidang kejuruteraan.
Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Ketua Pegawai Operasi KOSAS, Dato’ Dr. Ir. Hj Rashid b. Maidin di hadapan kedua-dua belah pihak pengurusan organisasi.
Perjanjian ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua organisasi, terutamanya untuk mengendalikan, mengurus dan menjalankan Fakulti Kejuruteraan MEDIU serta membantu dalam menganjurkan program kejuruteraan dengan kelulusan formal dari pihak MEDIU dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.