Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melangkah ke hadapan dalam melanjutkan jambatan kerjasama dan bergerak ke hadapan ke arah mencapai matlamat dan visi dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan McGraw Hill Education pada hari Isnin, 7 November 2016 di dalam rangka kerjasama pendidikan dan latihan.
Majlis tersebut ditandatangani oleh Prof.Madya.Prof.Dr.AB Rahim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengarah Design Pembelajaran dan Pembangunan, Cik Morwenna Crag. Perjanjian tersebut disaksikan oleh Encik Abdilahi Liban; Ketua Pembangunan Pentadbiran dan Jabatan Latihan dan Timbalan Dekan Fakulti Komputer dan teknologi Maklumat, Dr. Wael Mohamed Shaher Yafooz
Perjanjian selama tiga tahun di antara kedua-dua pihak melibatkan kerjasama dan pertukaran maklumat melalui pembangunan dan pertukaran sumber di dalam program pendidikan,sokongan dan latihan.
McGraw-Hill Education (http://www.mheducation.com/) merupakan syarikat antarabangsa yang khusus dalam bidang pendidikan dan salah satu daripada syarikat terbesar yang menawarkan e-perkhidmatan dalam penerbitan buku saintifik, program dan perkhidmatan pendidikan untuk pelajar di semua peringkat gred serta menyediakan akses untuk pengajian siswazah dalam semua bidang profesional, perubatan, pentadbiran, perdagangan dan kejuruteraan.




