fbpx

Memorandum Persefahaman MEDIU- Pertubuhan Al-Khaadem

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan organisasi tempatan. Baru-baru ini, MEDIU menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Pertubuhan Al-Khaadem (https://www.al-khaadem.com.my/) pada hari Isnin, 9 Mac 2020. Pertubuhan Al-Khaadem merupakan sebuah badan kebajikan kemanusiaan Malaysia yang komited untuk membantu mereka yang memerlukan melalui amal yang efektif dan dipandu berdasarkan Al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Perjanjian itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Pengasas & Presiden Al-Khaadem, Sheikh Hussain Yee disaksikan oleh Penasihat Undang-Undang MEDIU, Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi; Pemangku Timbalan KE (Hal Ehwal Akademik), Pen. Prof. Dr. Tayeb Mebrouki dan Ketua Perhubungan Antarabangsa, Encik Ahmad Fallatah. Persefahaman perjanjian ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang perkhidmatan pendidikan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.