fbpx

Memorandum Persefahaman-Tamiuz for Development and Training Centre, Mesir

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan organisasi antarabangsa di bidang pendidikan. Baru-baru ini, MEDIU menandatangani memorandum persefahaman bersama Pusat Pembangunan dan Latihan Tamiuz, Mesir pada hari Isnin, 23 April 20

Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU; Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Naib Presiden dan Pengarah Pengurusan Projek, Dr. Tamam Ali Mustafa di hadapan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan MEDIU; Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC); Dr. Bashar Mudhaffar Abdullah serta wakil MEDIU yang lain antaranya Encik Abdulkarem Mohammed Hussein Al-Rawdhi dan Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega. Perjanjian dua tahun itu bertujuan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang perundingan pendidikan, akademik, teknikal dan pentadbiran serta perlaksanaan program dan kursus latihan dalam bidang pendidikan.