fbpx

Memorandum Persefahaman-Waidsum University, Nigeria

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melangkah ke hadapan dalam melanjutkan jambatan kerjasama dan bergerak ke hadapan ke arah mencapai matlamat dan visi university dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan Waidsum University, Nigeria pada hari Khamis, 24 Mei 2018 di dalam rangka kerjasama bidang pendidikan.

Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Ketua Pegawai Eksekutif Waidsum University, Asst. Prof. Dr. Engr. Abdulwahab Eedriss Deji dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Akademik MEDIU; Prof. Dr. Ab Rahim Ismail dan Pengarah Pusat Pengajian dan Persediaan Bahasa (CPSL), Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega.

Perjanjian ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua universiti, terutamanya di dalam bidang perkhidmatan latihan dan pendidikan. Perjanjian itu juga merangkumi rangka kerja untuk pembangunan program latihan dan pengorganisasian kursus latihan dan bengkel dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua universiti.