fbpx

Jabatan Alumni Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini telah menganjurkan Mesyuarat Pelajar Siswazah 2019 pada hari Khamis, 7 Februari 2019 dengan tujuan sebagai koordinator dan komunikasi antara para pelajar alumni dan pihak universiti.

Ucapan pengenalan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff, Timbalan Ketua Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Penyelidikan dan Inovasi dan Alumni dengan kehadiran bersama Dr. Toure Mahy, Ketua Jabatan Alumni serta Encik Muhammad Uwais As-Sadiq Bin Abdul Rahim. Mesyuarat tersebut diadakan sebagai initiatif bagi menggalakkan kesetiaan berterusan pelajar kepada universiti serta memberi maklumat mengenai fungsi dan tujuan utama Jabatan Alumni.