Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengambil inisiatif dengan membantu meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh Muhajirin Rohingya yang telah menjadi mangsa kezaliman ekstrimis penghapusan etnik dan Junta Tentera Myanmar. Mereka menjadi pelarian dari bumi sendiri, ةereka harungi kehidupan dengan penuh kepayahan dan penderitaan.
MEDIU telah melaksanakan misi kemanusian dengan menghantar barang-barang keperluan kepada Muhajirin Rohingya yang sedang berada di Pusat perlindungan di Kuala Lumpur. Penyerahan bantuan telah dilangsungkan pada 31 Oktober 2015, bertempat di Masjid Al-Ubudiah, Kg. Tasek Tambahan Ampang, Kuala Lumpur.
Misi ini merupakan program penghantaran kali ketiga dari MEDIU selepas Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi meminta agar institusi swasta juga turut terlibat membantu masyarakat rohingya yang sedang mendapatkan perlindungan di Malaysia.