fbpx

MEDIU Khidmat Masyarakat: Misi Sukarelawan Banjir

Pihak MEDIU Community Service telah melaksanakan misi sukarelawan banjir bagi aktiviti gotong royong dan membantu rumah-rumah mangsa banjir di sekitar Ijok, Selangor pada 25-26 Disember 2021.

Turut serta bersama sukarelawan dan alumni kakitangan dan pelahar MEDIU adalah para sukarelawan dari Pertubuhan Atta’awun Selangor, Malaysia Airport Holding Berhad serta wakil penduduk setempat. Pihak MEDIU juga turut menyumbang barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dari peristiwa banjir besar yang telah melanda di Negeri Selangor baru-baru ini.