
Pihak Pengurusan Tertingi, Kakitangan dan Mahasiswa Mahasiswi Al-Madinah International University (MEDIU) yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia Putera Dr. Bandar bin Salman bin Mohammed Al Saud ingin menzahirkan sekalung tahniah kepada Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif MEDIU yang baharu serta Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
Semoga Prof. Emeritus Dr.Ismawi Zen terus diberikan kekuatan dan petunjuk oleh Allah SWT untuk terus memimpin dan membawa nama baik MEDIU ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.
Kelulusan dari Ketua Pendaftar Kementerian Pengajian Tinggi (KPN) (Pendaftaran No.: KE/494/2017/08/0055) untuk Ketua Eksekutif (KE) Al-Madinah International University (MEDIU) yang baru berkuat kuasa 8 September 2017. Sila lihat lampiran: 20170921 Certificate of Appointment as CEO_Prof. Ismawi Zen