Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat(FCIT) Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima kelulusan dari pihak organisasi IEEE untuk menerbitkan dan mengindeks semua makalah penyelidikan saintifik di bawah ICSCEE2018 International Conference on Smart Computing & Electronic Enterprise dalam IEEE Xplore® Digital Library (https://ieeexplore.ieee.org/Xplore/home.jsp). Pengiktirafan terhadap pencapaian penyelidikan yang cemerlang oleh IEEE ini adalah faktor pemangkin di dalam aktiviti penyelidikan dan kredibiliti industri bersama dengan penerbitan yang bertaraf tinggi khususnya di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Sains Komputer dan Elektronik.
ICSCEE2018 telah menerima 148 kertas penyelidikan dan hanya menerbitkan 80 daripada jumlah keseluruhan antaranya dari negara, Malaysia, India, Pakistan, Australia, China, Singapura, Arab Saudi, Libya, United Kingdom, Brazil, Nigeria, Iraq, Indonesia, Kuwait , Mesir, Korea, Turki, Mauritania, Kanada, Bangladesh, Afrika Selatan, Oman, Filipina, Amerika Syarikat, Hong Kong, dan Zimbabwe. Pihak FCIT ingin mengucapkan sekalung tahniah dan meramkan setingi-tinggi penghargaan kepada ahli akademik, penceramah utama, penyelidik dan peserta untuk pencapaian yang penting ini. Oleh itu, kami dengan sukacitanya memaklumkan kertas penyelidikan untuk penerbitan dan penyertaan untuk Persidangan ICSCEE ke-2 kini telah dibuka.





