fbpx

Penyertaan Pelajar dalam Seminar Al-Qiyamah 2017

Pelajar Universiti Al-Madinah (MEDIU) mengambil bahagian dalam Seminar Al-Qiyamah 2017, jemputan Yayasan Al-Tibyan pada 5 Ogos 2017 yang diadakan di Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan siri kedua seminar yang pertama kali diadakan tahun lepas.

Seramai lima pelajar dari Fakulti Sains Islam dan Fakulti Bahasa menghadiri program ini, dengan pembicara panelis ialah Ustaz Kapten Mohd Asri Khalid, Dr Rozaime Ramle dan Ustaz Abu Fatiah. Antara tajuk yang dikemukakan dalam seminar itu ialah Syam: Bumi Ribath & Jihad, Al-Malhamah Al-Kubro & Nubuat Perang Akhir Zaman, Penaklukan Konstantinopal & Perang Melawan Dajjal dan Syubhat & Fitnah Akhir Zaman.