Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini mengambil bahagian dalam perbarisan Sambutan Maulidur Rasul 1439H dengan tema “Umat Bersatu, Negeri Sejahtera” pada hari Jumaat, 1 Disember 2017. Undangan telah diterima oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyertai perarakan dari Stadium Mini ke Stadium Melawati, Shah Alam di mana Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor diadakan.
Majlis dirasimkan oleh Duli Yang Teramat Mulia (FYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah,Raja Muda Selangor dengan penyertaan hamper 92 pasukan kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi, universiti, masjid dan sekolah dari seluruh Negeri Selangor menyertai perarakan dengan semangat mencintai Nabi Muhammad SAW yang dikasihi. Seramai 30 pelajar tempatan dan antarabangsa turut bersama dengan 7 kakitangan iaitu Prof. Ir. Dr. Wan Mahmood Wan Ab. Majid, Encik Syed Hashim Bin Ahmad Al-Quds, Encik Hani Mohammed Naji, Encik Abu Bakar Mohammed Gali, Puan Atiqah Shakirah binti Mohamad Shauki dan En.Rosli.