Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menganjurkan perhimpunan untuk membentangkan pencapaian universiti bagi suku ketiga tahun 2016 pada hari Jumaat, 7 Oktober 2016. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi disertai oleh pihak pengurusan tertinggi dan kakitangan universiti.
Pada himpunan tersebut dibentangkan perkembangan dan gerak kerja yang telah terlaksana pada suku ketiga tahun 2016, dari bulan Julai sehingga September. Prof. Dr. Muhammad Khalifa memberi penekanan aakan semangat kerja berpasukan yang memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai kejayaan. Beliau juga menggesa kakitangan untuk melaksanakan sesuatu kerja secara berpasukan dengan kerjasama yang erat sesama rakan di dalam unit dan jabatan masing-masing. Pihak universiti telah berjaya mencapai 87.91% objektif kuantitatif bagi suku ketiga 2016. Beliau juga memberi taklimat ringkas akan pencapaian semasa universiti yakni, kelulusan lesen institusi dwi-mod, 70 program akademik telah menerima status akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perancangan universiti untuk membuka cawangan universiti di negeri-negeri lain di Malaysia

















