fbpx

Perhimpunan Kakitangan Suku ke 4/2018

Al-Madinah International University (MEDIU) menganjurkan perhimpunan untuk membentangkan pencapaian universiti bagi suku ke-empat tahun 2018 pada hari Jumaat, 9 November 2018. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh Ketua Eksekutif (KE), Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen disertai oleh pihak pengurusan tertinggi, pegawai kanan dan kakitangan universiti.

Perhimpunan ini adalah untuk membentangkan perkembangan universiti untuk suku akhir tahun 2018. Sesi mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh Timbalan KE Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof. Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan KE Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Penyelidikan dan Inovasi; Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Encik Fuad Ahmad Umar Al’As.