fbpx

Perhimpunan Kakitangan Suku ke 4/2016

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menganjurkan perhimpunan untuk membentangkan pencapaian universiti bagi suku ke-empat tahun 2016 pada hari Jumaat, 13 Januari 2017. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi disertai oleh pihak pengurusan tertinggi dan kakitangan universiti.

Pada himpunan tersebut dibentangkan perkembangan dan gerak kerja yang telah terlaksana pada suku ke-empattahun 2017, dari bulan JOktober sehingga Disember. Prof. Dr. Muhammad Khalifa memberi penekanan akan semangat kerja berpasukan yang memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai kejayaan. Beliau juga menggesa kakitangan untuk melaksanakan sesuatu kerja secara berpasukan dengan kerjasama yang erat sesama rakan di dalam unit dan jabatan masing-masing. Pihak universiti telah berjaya mencapai 87.90% objektif kuantitatif bagi suku ketiga 2016.