[slideshow id=167]
Majlis Perhimpunan Bulanan Al-Madinah International University (MEDIU) dan sambutan Hari Raya ‘Idulfitri telah berjalan dengan meriahnya bertempat di Dewan Utama, Al-Madinah International University, Shah Alam pada 27 Ogos 2013. Acara bermula pada jam 11.30 pagi dan dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ustaz Fuad Ahmad Al-As, Pengarah Hal Ehwal Pentadbiran dan seterusnya pembentangan kuantitatif dan objektif oleh saudara Mohammad Abdul Razak selaku Pengurus Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif.
Agenda kemuncak bagi Perhimpunan ini ialah ucapan Y.Bhg Prof. Dr Muhammad Khalifa Al Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif yang berlangsung selama 30 minit. Beliau telah menyatakan kegemberian di atas pertemuan bersama seluruh kakitangan MEDIU Shah Alam dan amat menghargai kesungguhan mereka dalam melaksanakan tugasan sehingga berjaya meletakkan MEDIU sehingga ke tahap ini. Dr Muhammad Khalifa juga merakamkan ucapan ‘Idulfitri kepada semua kakitangan dan mengharapkan agar Perhimpunan Bulanan pada kali ini dapat memupukkan semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan yang sedia ada. “sama-sama kita berdoa agar perhimpunan kali ini berdapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala dan kita jadikannya sebagai ‘palaform’ untuk mengeratkan ukhuwwah yang sedia ada kearah meningkatkan prestasi kualiti dalam kerjaya” ujar Prof. Dr Muhammad Khalifa Al Tamimi.
Turut serta memeriahkan majlis ini ialah Y.Bhg. Profesor Madya Dr Fadlan Mohd Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU (Hal Ehwal Pelajar), Y.Bhg. Profesor Madya Dr Wan Mat bin Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU (Hal Ehwal Akademik), Dekan-Dekan, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan.
Majlis melabuhkan tirainya dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah dilengkapi dengan pelbagai jenis juadah yang berasaskan makanan Arab dan Melayu.