Para pelajar Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini telah mengadakan sesi perjumpaan dengan Ketua Eksekutif(KE) MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen pada hari Isnin, 12 November 2018. Sesi perjumpaan tersebut juga dihadiri oleh Timbalan KE Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof. Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan KE Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Penyelidikan dan Inovasi; Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff.
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dalam ucapan pembukaannya, menyatakan kegembiraannya atas peluang mengadakan perhimpunan itu dengan mahasiswa mahasiswi MEDIU dan menekankan pentingnya dialog terbuka dan berinteraksi dengan para pelajar secara langsung serta memberi sokongan di dalam perjalanan pembelajaran mereka. Beliau menyatakan bahawa tujuan perhimpunan itu adalah untuk berkomunikasi secara langsung untuk mendengar pendapat dan pandangan para pelajar MEDIU.












