Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengambil bahagian dalam Persidangan Antarabangsa Kajian dan Tamadun Islam ke-2, Kuala Lumpur (KLiISC) dengan tema “Islam Peneraju Kemanusian & Keamanan Dunia” yang diadakan pada 8-9 Oktober 2016 di Hotel Putra, Kuala Lumpur.
MEDIU telah diwakili oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains Islam,Prof. Madya Dr. Yasser Mohamed Tarshany, di mana beliau menyampaikan kertas penyelidikan bertajuk “Inovasi Pengajian Islam”, di mana tumpuan beliau kepada definisi erti pembaharuan dan kesahihan pembaharuan dalam Al-Quran dan Sunnah; halangan-halangan serta usaha inovasi kolektif yang membawa kepada pemahaman konteks dan perundangansecara realiti. Beliau mencadangkan akan pembaharuan di dalam kurikulum dan kaedah pengajaran di sekolah-sekolah dan universiti di dalam mendidik pelajar dengan kurikulum yang mudah dengan cara yang moden.
Persidangan itu menyediakan satu forum yang baik untuk pertukaran akademik dalam pendekatan silang budaya dan seterusnya yang berkaitan dengan Pengajian Islam, Tamadun Islam dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan tujuan merangsang perbincangan, perbahasan, dialog dan penyelidikan mengenai Islam, ilmu dan tamadun yang berhubungan dengannya.










