fbpx

MEDIU mengambil bahagian dalam Persidangan AntarabangsaTrend Terkini dalam Sains Komputer dan Elektronik ke-2 (RTCSE’17)

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengambil bahagian di dalam Persidangan Antarabangsa Trend Terkini dalam Sains Komputer dan Elektronik kali ke-2 (RTCSE’17) yang telah diadakan pada 2-3 Januari 2017 di Swiss Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur. Persidangan tersebut dianjurkan oleh Makmal Penyelidikan Gyancity dan Universiti Aalborg, Denmark.

MEDIU telah diwakili oleh Asst. Prof. Dr. Wael Mohamed Shaher Yafooz, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, dengan kertas penyelidikan beliau bertajuk “Topic Modeling for Clustered Textual Documents in Relational Database”.

Persidangan khusus dalam bidang sains komputer dan elektronik ini telah menarik peyertaan peserta dari lebih 32 negara bertujuan untuk menyediakan platform bagi para penyelidik berpeluang untuk bertukar-tukar idea. Idea untuk persidangan itu adalah untuk melihat kepada apa lagi yang boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, sistem elektronik dan komputer dunia hari ini memainkan peranan yang penting di dalam inovasi masa hadapan.