fbpx

Persidangan Antarabangsa Pengajian Bahasa ke-3 (ICLS2017)

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Pengajian Bahasa ke-3 (ICLS2017) dengan tema “Towards a Renewable Creativity in Literary and Literary Studies”  pada 5-6 Disember 2017 di Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen memberikan ucapan kata-kata aluan semasa pembukaan persidangan ICLS2017 yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dengan disaksikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff; Pengerusi ICLS2017, Prof. Dr. Daud Quadir Elega dan Ahli Majlis MEDIU, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi.

Prof. Datuk Syed Omar Al-Saggaf, Bekas Duta Besar Malaysia ke Kerajaan Arab Saudi dan Ahli Majlis MEDIU menyampaikan kertas pertama mengenai ‘Arabic Language and its Role in the Developed World’, manakala Encik Mohd Khair bin Ngadiron, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dengan ucaptama ‘Contemporary Experiences in the Linguistic and Literary Studies’ semasa sesi pembukaan ICLS2017.

Persidangan yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa itu membincangkan pengalaman kontemporari dalam kajian linguistik dan sastera, menyasarkan semua penyelidik dan pelajar dalam kajian linguistik dari semua institusi pendidikan, universiti dan persatuan bahasa dan budaya dari dalam dan luar Malaysia. Persidangan itu yang merangkumi penyelidikan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu mensasarkan semua penyelidik dan pelajar dalam bidang pengajian bahasa dari semua institusi pendidikan dan universiti dengan sejumlah 110 kertas sepenuhnya dibentangkan semasa persidangan dua hari.

Semasa majlis penutupan, Prof. Dr. Daud Quadir Elega menzahirkan penghargaan beliau Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU di atas sokongan dan bimbingannya untuk pelaksanaan ICLS 2017 dan dan ucapan terima kasih yang tulus juga kepada para penyelidik dan peserta yang hadir dari dalam dan luar negara.