fbpx

MEDIU mengambil bahagian di Persidangan Antarabangsa Sains Komputer dan Kejuruteraan Telekomunikasi 2016 (CSTE2016)

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengambil bahagian di dalam Persidangan Sains Komputer dan Kejuruteraan Telekomunikasi 2016 (CSTE2016) yang telah diadakan pada 19-20 November 2016 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pihak universiti telah diwakili oleh Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof.Madya Dr. Najeeb Abbas Al-Sammarraie.

CSTE2016 merupakan persidangan akademik antarabangsa berprestij yang dianjurkan oleh pihak Nabu Research Academy di dalam menyediakan platform untuk para penyelidik serta memberi peluang yang baik untuk bertukar-tukar idea, teknik dan aplikasi di dalam bidang teknologi sistem telekomunikasi. Sesi ini telah menarik perhimpunan secara saintifik dan budaya bagi para penyelidik di dalam kajian bidang sains komputer dan telekomunikasi.