Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Smart Computing and Electronic Enterprise (ICSCEE2018) dengan tema “Computing and Electronic Institutions: Applications, Developments and Prospects” pada 11-12 Julai 2018 di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Acara pembukaan persidangan dilaksanakan oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dimana beliau menyambut kedatangan peserta-peserta persidangan yang dianjurkan ulung kalinya oleh Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wael Mohamed Shaher Yafooz, Pengerusi Persidangan di hadapan Prof. Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan KE Hal Ehwal Akademik dan Timbalan KE Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff.
Antara penceramah utama yang dijemput di dalam persidangan selama dua hari itu adalah Dr Dawei Song (Universiti Terbuka, UK), Dr. Dzahar Mansor (Microsoft Malaysia), Prof. Dr. Ghazali bin Sulong (Universiti Malaysia Terengganu), Prof. Tarek El-Ghazawi (Universiti George Washington, Amerika Syarikat), Prof. Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Prof. Emer. Dato’ Dr. Tengku Mohamad bin Tengku Sembok (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). ICSCEE2018 menyampaikan sejumlah 18 sesi saintifik yang merangkumi bidang IT antaranya di bidang pengkomputeran pintar, data besar, pengambilan maklumat, rangkaian komunikasi dan data serta sistem maklumat.






















































