Al-Madinah International University (MEDIU) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pengajian Pendidikan dan Psikologi (ICOEPS2017) pada 16-17 November 2017 di Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen telah merasmikan persidangan pada majlis ICOEPS2017 yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Pelajar; Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Wan Sulaiman dan Pengerusi ICOEPS2017; Prof. Madya Dr. Ayman Aied Mohammed Mamdouh.
Prof. Dawood Abdulmalek Yahya Al-Hidabi, Pengarah, Pejabat Timbalan Rektor (Pengantarabangsaan & Hubungan Industri dan Komuniti),UIAM menyampaikan ucaptama mengenai “Global Trends in Education-Challenges and Opportunities” sementara Asst. Prof Madihah Khalid, Ketua Jabatan Kurikulum dan Arahan, Fakulti Pendidikan UIAM menyampaikan tajuk “Contemporary Global Trends in Teaching Design” semasa sesi pembukaan ICOEPS2017.
Persidangan ini bertujuan untuk mewujudkan peluang untuk pertemuan ilmiah di mana para penyelidik, intelektual dan pelajar dapat memimpin dialog yang konstruktif untuk membincangkan mengenai perkembangan baru yang muncul di dalam cabang pengajian pendidikan dan psikologi. Persidangan yang merangkumi penyelidikan di dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris itu menangani kajian di dalam bidang pendidikan dan psikologi dalam menghadapi cabaran kontemporari, di mana sejumlah 100 kertas kerja telah dibentangkan sepenuhnya dalam tempoh dua hari persidangan.
Semasa upacara penutupan, Prof. Madya Dr. Ayman Aied Mohammed Mamdouh menzahirkan penghargaan beliau Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU di atas sokongan dan bimbingannya untuk pelaksanaan ICOEPS2017 dan ucapan terima kasih yang tulus juga kepada para penyelidik dan peserta yang hadir dari dalam dan luar negara. Dr. Mohamed Ibrahim El-Kadah; Penolong Profesor Pentadbiran Pendidikan dari Al Balqa University Applied, Jordan membentangkan rumusan persidangan di mana beliau menegaskan bahawa persidangan itu menyumbang kepada komunikasi antara penyelidik dalam bidang pendidikan dan pendidikan psikologi dan pertukaran pengalaman dalam pendidikan; isu penyelidikan saintifik.