fbpx

Persidangan Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016 (PSH2016)

BANNER PSH 2016-new-BI

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menghadiri ‘Persidangan Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016 (PSH2016)” yang telah diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada hari Selasa dan Rabu, 27-28 September 2016.

Persidangan tersebut merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan  tema persidangan iaitu “Ke arah Kelestarian Industri & Ekonomi” yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

MEDIU telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya. Dr Hj. Wan Mat Hj Sulaiman dan disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff.

Objektif utama persidangan adalah untuk menentukan hala tuju PSH ke arah melahirkan guna tenaga yang berkemahiran dan berpengetahuan di dalam memenuhi keperluan industri semasa.  Selain itu, ia juga bertujuan menjalin kerjasama dan hubungan erat di antara industri dan pembekal PSH untuk meningkatkan kualiti serta memperluas akses masyarakat kepada PSH bagi membantu membangun dan melestarikan industri dan ekonomi.