Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi mengambil bahagian di dalam “Persidangan Wakaf Islam (EIC)” yang diadakan di Mekah, Arab Saudi pada 18-20 Oktober 2016.
Prof.Dr.Mohammad Khalifamembentangkan kertas bertajuk “Wakaf dan Peranannya dalam Pembangunan dan Penggunaan e-Pembelajaran” pada sesi pertama hari yang kedua, di mana beliau memberi tumpuan kepada ‘Wakaf dan peranannya di dalam penyebaran dan pembangunan e-pembelajaran”dengan mengambil MEDIU sebagai model; di mana pada asas penubuhan universiti adalah berdasarkan sumber waqf tetapi kini pelajar universiti telah memulakan pembiayaan secara sendiri Beliau juga menyatakan dasar penubuhan universiti adalah bukan berdasarkan keuntungan semata-mata tapi adalah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menimba ilmu pengetahuan, khusunya di dalam bidang Sains Islam.
Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan anjuran di bawah oleh pihak berkuasa Wakaf yang diketuai oleh Dr.Moufarrej bin Saad Hagbani. Pelancaran Persidangan Wakaf Islam tersebut adalah selaras dengan “Wawasan 2030 Arab Saudi” yang telah mendapat kelulusan di dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Persidangan ini menyediakan ruang yang baik serta memberi peluang kepada barisan para menteri-menteri, pemimpin, penyelidik dan wakil-wakil organisasi dari pelbagai negara-negara Islam untuk bertukar-tukar pengalaman, idea, aplikasi dan penyelesaian di dalam meningkatkan serta memberi sumbangan di dalam pembangunan khazanah wakaf selaras dengan Wawasan 2030 Arab Saudi.
Maklumat lanjut persidangan terserbut boleh dilihat di pautan http://www.eicmakkah.com



























