Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini telah mengadakan Pertandingan Linguistik Antarabangsa Bahasa Arab anjuran Dekan Hal Ehwal Pelajar pada hari Isnin, 20 Disember 2021 sempena sambutan Hari Antarabangsa Bahasa Arab.
Empat universiti telah menyertai pertandingan yang terdiri dari Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Kuala Lumpur; Universiti Prince of Songkla (PSU), Thailand; Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak dan Universitas Al-Azhar (UAI), Indonesia.
Setiap universiti terdiri daripada dua buah pasukan; sebanyak lapan pasukan bertanding di dalam lima pusingan dengan sepuluh pelbagai soalan dalam bidang am dan pengkhususan dalam setiap pusingan.
Pasukan A MEDIU (Muhammad Nur Fitri bin Omar, Farhana binti Adnan, Nur Adilah binti Muhammad Yusuf dan Siti Hanna Balqis binti Md Roduan) menjuarai pertandingan tersebut, manakala Pasukan B (Ahmad Basam bin Nasran, Aqilah Qistina binti Amran, Siti Nur Farhana binti Shamsul dan Noorain binti Harun) berjaya mendapat tempat ke-4 pertandingan.
Pihak MEDIU ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan atas kemenangan yang dicapai dan semoga mereka lebih cemerlang di dalam pertandingan yang akan datang.