Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2017 pada hari Rabu, 26 Julai 2017. Acara itu diadakan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan program itu di mana tahun ini adalah tahun ke-11 pertandingan dengan hampir 53 penyertaan dari 36 buah negara di peringkat antarabangsa serta sebanyak 9 finalis yang bersaing untuk memenangi Anugerah Perdana Menteri.
Para pelajar MEDIU telah dijemput untuk menyaksikan acara tahunan yang dipimpin oleh Saudara Abu Bakar Mohammed Gali dan Saudari Atiqah Shakirah binti Mohamad Shauki. Sementara itu, pemenang ‘Kategori untuk Pelajar Antarabangsa di Malaysia’ telah dimenangi oleh Abdul Matin Mohamed Azeem (UIAM) dari Afghanistan, tempat kedua Abdul Rahman Khaled Hasan Saeed (UTP) dari Yemen dan tempat ke-3 Hassan Radwan Jamal Elatrash (IIUM) manakala bagi ‘Kategori Antarabangsa’ dimenangi oleh Lisa Shimazaki dari Jepun, tempat kedua Ma Xio Nabil dari China dan tempat ketiga Rimajon Sotlikova dari Uzbekistan. Bagi ‘Kategori untuk Kepulauan Melayu’, tempat pertama dimenangi oleh Noor Haqim Noor Hamiddon (Malaysia), tempat ke-2 Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah (Singapura) dan tempat ke-2 Muhamad Sharulnizam Md Roni (Malaysia).
Acara ini sedikit sebanyak telah memberi manfaat kepada pelajar MEDIU untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan Bahasa Melayu dan pihak universiti berharap dapat menyertai pertandingan tersebut pada masa akan datang.