Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pertubuhan Kebajikan Al Najat di Kuwait pada hari Selasa, 25 Okt 2016. Lawatan telahdiketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi semasa lawatan kerja beliau ke Kuwait baru-baru ini bagi mengeratkan hubungan antara MEDIU dan pertubuhan kebajikan antarabangsa yang lain.
Beliau telah disambut oleh Pengurus Besar Pertuibuhan Kebajikan Al Najat, Dr. Mohammed Al Ansari, Encik Ibrahim Khaled Al-Bader, Ketua Perhubungan Awam; Encik Ibrahim Abdullah Al Kharaz, Pengarah Perhubungan Awam dan Pembangunan Sumber dan Dr. Suleiman Mohammed Shams al-Din.
Dalam perbincangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif menekankan pihak universiti akan terus memberi sokongan kepada kerja-kerja amal, khususnya di dalam bidang pendidikan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan pelajar di dalam bidang sains Islam di seluruh dunia.
Pertubuhan Kebajikan Al Najat (https://www.alnajat.org.kw/al-najat-charity/) merupakan sebuah organisasi awam ditubuhkan di Negeri Kuwait pada tahun 1978 yang sebahagian besarnya berorientasikan bidang pendidikan dalam membina generasi yang mengikuti prinsip-prinsip Islam dalam meningkatkan misi pembangunan rohani.





