fbpx

Piala Futsal CEO 2017

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini telah menganjurkan Piala Futsal CEO 2017 pada 20-21 November 2017 di Frenzy Sports Arena di Seksyen 16, Shah Alam. Acara ini telah dianjurkan oleh Bahagian Aktiviti Pelajar dan diketuai oleh kakitangan Bahagian Aktiviti Pelajar iaitu Encik Hani Mohammed Naji Al-Duais dan Encik Syed Mahbubul Alam Al-Hasani manakala Encik Helmi Murad Ebrahim Ahmed merupakan pengadil dalam menguatkuasakan peraturan perlawanan.

Sejumlah 14 pasukan kakitangan dan pelajar universiti bertanding di dalam pertandingan yang berlangusng selama dua hari. Perlawanan akhir diadakan pada hari Selasa, 21 November 2017 dengan kemenangan berpihak kepada Guinea FC dengan skor 1-0 melawan Al Madinah. Pada akhir perlawanan, piala dan pingat kemenangan telah diagihkan kepada ahli-ahli kedua-dua pasukan tersebut oleh Prof. Emeritus Dr.Ismawi Zen disaksikan oleh Prof. Madya Dr Wan Mat bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Prof. Madya Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary, Dekan Hal Ehwal Pelajar. Ketua Pegawai Eksekutif menzahirkan penghargaan kepada pasukan ‘Guinea FC’ yang memenangi prestasi cemerlang di dalam Piala Futsal CEO Cup 2017 dan berharap yang terbaik di dalam penganjuran aktiviti sukan masa akan datang.