Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan Yang Berbahagia Dr. Adam Shekhdoon Ali, Presiden Universiti Timur Afrika, Puntland, Somalia pada 8 Jun 2015 baru-baru ini.
Kunjungan beliau telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Y.Bhg. Prof Dr Mohammad Khalifa Al-Tamimi dengan diidringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Prof. Madya Dr. Ab. Rahim Ismail.
Sistem pendidikan MEDIU dengan penggunaan teknologi terkini yang lebih memudahkan para pelajar di seluruh dunia telah dibentangkan kepada delegasi dari Universiti Timur Afrika itu.
Seterusnya Presiden Universiti Timur Afrika itu telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran MEDIU yang serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Sejurus selepas lawatan, beliau telah menyatakan rasa kagumnya dengan pencapaian yang telah dimiliki oleh MEDIU khususnya kemudahan di dalam program yang diperkenalkan yang telah memberi kemudahan untuk pelajar memilih bidang masing masing beserta kaedah pengajian yang telah diguna pakai oleh Universiti ini. “Lebih membanggakan, Pencapaian MEDIU dalam teknologi yang duguna pakai, MEDIU telah memperkenalkan bentuk pengajian jarak jauh yang terbuka melalui atas talian yang boleh dipelajari di mana sahaja pelajar berada.”, ujar beliau. Dengan penuh harapan beliau menyatakan kewujudan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) akan membuka peluang kepada pelajar di seluruh dunia untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan lawatan beliau pada kali ini adalah bagi mewujudkan hubungan bersama MEDIU.
Sebelum itu Ketua Pegawai Eksekuti MEDIU, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi menyatakan menyatakan kegembiraan beliau dan mengucapkan terima kasih di atas lawatan ini sebagai langkah untuk mewujudkan kerjasama yang berterusan ke arah membina pembangunan dalam sektor Pendidikan Tinggi. “Hubungan yang dijalinkan harus kita mengeratkannya dan saya amat berterima kasih dan amat mengalukan di atas cadangan kerjasama yang akan diadakan”, Ujar Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi