Pusat Persediaan Pengajian Bahasa (CPSL) Al-Madinah International University (MEDIU) menganjurkan ‘Kursus Pendek Bahasa Arab Secara Umum’ di kampus utama yang terletak di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Kursus secara santai dengan modul sistematik itu telah menampilkan barisan guru Bahasa Arab yang berpengalaman yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan Arab dengan menggunakan medium yang lebih mudah dan mesra pelajar.
“Kursus ini dijalankan pada setiap hari mingg mulai Februari 2020; Sabtu dan Ahad selama 8 jam dan akan berlangsung selama tujuh minggu. Tiada sebarang kelayakan akademik untuk menyertai kursus ini dan pihak MEDIU amat menitikberatkan kebajikan dalam pendidikan dengan penyediaan guru berpengalaman dan modul pengajian yang lengkap, disediakan sarapan dan makan tengahari serta sijil hanya dengan bayaran yang cukup rendah yakni RM300 sahaja“, ujar Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega, Pengarah Pusat Persediaan Pengajian Bahasa (CPSL) disaksikan oleh para pelajar yang terdiri daripada pelbagai peringkat semasa sesi pembukaan Kursus Pendek Bahasa Arab baru-baru ini.