fbpx

Program Ihya’ Ramadhan MEDIU Bersama Radio Ikimfm

[slideshow id=162]

Program Bicara Ilmu, Radio ikimfm bersama Dr Mahdi Abdel Aziz, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Al Madinah International University (MEDIU). Bicara yang membincangkan tentang bulan Ramadhan, kelebihan serta peranan bulan Ramadhan di dalam mendidik masyarakat kearah yang lebih cemerlang. Maklumat yang jelas dan terperinci telah disampaikan oleh Dr Mahdi yang pernah bertugas sebagai Imam dan Khatib di Kementerian Hal Ehwal Islam dan Waqaf Mesir. Seterusnya Program yang dikendalikan oleh penerbit Program ‘Hayya Bil Arabiah’, Puan Mona Jasman telah mengenengahkan beberapa persoalan berkenaan Lailatul Qadr, yang merupakan malam yang dinanti natikan oleh seluruh ummat Islam. Selain kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan, kewajipan yang melengkapkan seseorang Muslim iaitu Zakat Fitrah juga menjadi kupasan penting pada pertemuan kali ini. Amalan Zakat Fitrah yang amat ditekankan oleh Islam ini telah diterjemahkan oleh Dr Mahdi dengan maksud yang menyeluruh sebagai amalan yang meletakkan Islam sebagai agama yang amat mementingkan hubungan sesama insan dan penjanaan terpenting ekonomi ummat Islam. Program rakaman bersama Bekas penuntut Al Azhar yang kini memegang jawatan utama di MEDIU ini adalah untuk siaran Radio ikimfm yang berlangsung sekitar 30 minit dan telah disiarkan pada hari Ahad, 21 Julai 2013 , jam 3 15 petang.