[slideshow id=166]
Pada 24 Ogos 2013 (Sabtu), Universiti Antarabangsa Al-Madinah(MEDIU) telah mengadakan sebuah program khidmat masyarakat yang menggabungkan penyertaan anak-anak daripada Rumah Kebajikan Al-Khairiyah dan juga para sukarelawan daripada sebuah persatuan yang bukan berasaskan keuntungan Teach For The Needs (TFTN). Program yang penuh bermakna itu telah berlangsung selama separuh hari di Perbadanan Perpustakaan Shah Alam, Seksyen 13.
Program khidmat masyarakat yang bertajuk ‘Inspirasi Kehidupan ini dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Awam MEDIU. Ia bertujuan untuk memberi inspirasi kepada anak-anak dan memberikan beberapa tips berharga tentang bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya dan berguna di masa hadapan. Ia disampaikan melalui sesi bercerita oleh ikon yang berwibawa yang terdiri daripada empat orang panel. Mereka ialah Ahli Parlimen Shah Alam; YB Tuan Khalid Samad, Wartawan suratkhabar Sinar Harian; Cik Suharni Zainuddin, Pegawai Polis dari Ibu Pejabat Polis Shah Alam; Inspektor Mat Nasir bin Bebakar dan Pengasas TFTN ; Cik Asmidar Alias.
Dalam usaha untuk memberikan elemen kejutan kepada kanak-kanak tersebut, MEDIU telah membawa Si Manja dan Si Manis; sepasang maskot daripada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Mereka berasa sungguh gembira dan teruja dengan kehadiran maskot tersebut.
Turut mengambil bahagian dalam program ini adalah Pengurus Bahagian Hal Ehwal Pentadbiran MEDIU; Encik Fuad Ahmad Umar Al-As. Beliau turut menyampaikan sedikit hadiah cenderahati kepada para panel dan sumbangan wang daripada MEDIU kepada rumah kebajikan terbabit.
Akhir sekali, Ketua Jabatan Perhubungan Awam MEDIU; Encik Jamaluddin Hussain ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah seperti berikut:
- Azreen Zainal Abidin (HR Deparment)
- Nurul Hafizah Ahamad Suhami (HR Deparment)
- Muhammad Hafez Azali (Multimedia Department)
- Rahafiez Omar (IT Department)
- Asnita Hashim (IT Department)
- Nurul Haizi Mohammed Azkhar (IT Department)
- Bibi Asma’ Sher Mohamad (Marketing Department)
- Suzaieda Aziz (IT Department)
- Farah Atikah (Student)