fbpx

Program Kepimpinan dan Bina Pasukan MEDIU

Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini telah mengadakan Program Kepimpinan dan Bina Pasukan (Teambuilding) pada 7-8 Februari 2018 bertempat di Surau Al-Faizin di Rawang, Selangor. Program ini diketuai oleh Ketua Eksekutif, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dengan kehadiran Prof. Ab Rahim Ismail (Timbalan KE, Hal Ehwal Akademik), Prof. Dr. Wan Mat Bin Sulaiman (Timbalan KE, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff (Timbalan KE, Penyelidikan dan Inovasi).

Program selama dua hari itu dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi, pegawai kanan universiti, dekan-dekan dan pensyarah fakulti, pengarah pusat pengajian bertujuan mewujudkan budaya berpasukan yang positif dalam persekitaran berorientasikan pasukan. Dengan adanya program sebegini dapat membangunkan individu kakitangan universiti kearah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi, menyeimbangkan jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal dalam mencapai matlamat utama iaitu membentuk individu dan organisasi yang cemerlang.