Jabatan Hal Ehwal Pelajar Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan satu program ‘Ties with Our Beloved CEO’ sempena perlantikan Ketua Eksekutif yang baru iaitu Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen. Program tersebut telah diadakan pada pada hari Selasa, 3 Oktober 2017 dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia (PERMAM) bagi meraikan permulaan semester baru (September 2017) serta Taklimat Pemilihan dan Perhimpunan Agung PERMAM yang telah dihadiri oleh para mahasiswa, mahasiswi serta kakitangan universiti.
Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary di dalam ucapan pembukaannya, menyatakan kegembiraan beliau di atas peluang untuk mengadakan pertemuan sebegini bersama para pelajar dan menekankan pentingnya dialog terbuka para pelajar diikuti oleh kata-kata aluan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Wan Mat Sulaiman, di mana beliau menekankan pentingnya berinteraksi dengan para pelajar secara terus serta memberi sokongan kepada mereka sentiasa dan memberi ruang untuk mebantu sebarang halangan yang dihadapi oleh para pelajar di dalam perjalanan pendidikan mereka.
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen di dalam ucapannya menyatakan bahawa tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk berkomunikasi secara langsung antara pelajar dan pihak pentadbiran universiti bagi mendengar pendapat, cadangan dan pandangan mereka serta membincangkan permasalahan yang membelenggu serta mendengar keprihatinan dan membantu dengan mencari jalan penyelesaian yang sesuai yang menyumbang kepada peningkatan kehidupan pembelajaran mereka. Semasa pertemuan itu juga, beliau menegaskan keikhlasan pihak universiti untuk menarik lebih ramai pelajar Malaysia untuk mewujudkan suasana harmoni, pertukaran budaya dan memperoleh pengetahuan yang berbeza. Pada akhir pertemuan itu, beliau mendengar banyak pandangan dan cadangan daripada para pelajar dan berjanji untuk mempertimbangkannya dengan menyatakan bahawa universiti itu akan memegang kedudukan cemerlang dan berbangga dengan semua yang berada di peringkat prestij universiti. Beliau juga menegaskan bahawa pejabatnya sentiasa terbuka kepada interaksi para pelajar untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin dihadapi mereka, termasuk komunikasi melalui e-mel.