Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi berkesempatan melawat Pusat Kebudayaan Islam di bawah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Kuwait pada hari Isnin, 24 Oktober 2016 di mana beliau telah disambut oleh Penyelia Pusat Kebudayaan, Sheikh Ahmed Abdullah Al-Kandari.
Di dalam pertemuan tersebut, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi memberi penerangan akan sejarah dan perkembangan universiti, pencapaian akademik khususnya di dalam program-program yang mendapat pengiktirafan akademik sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa 72 program akademik telah menerima status akreditasi penuh.
Pusat Kebudayaan Islam di Kuwait telah ditubuhkan pada tahun 2009, dengan objektif utamanya sebagai medan pengajaran bahasa Arab dan hafalan Al-Quran kepada warga asing secara percuma dengan matlamat untuk menyebarkan pendekatan kepada mereka akan pengetahuan Islam.


