fbpx

Seminar Kebangsaan Wasatiyyah & Tadbir Urus 2017

Pelajar Al-Madinah International University (MEDIU) telah hadir memenuhi jemputan Seminar Kebangsaan Wasatiyyah & Tadbir Urus dengan tema ‘Prestasi Perkhidmatan Sebagai Pemangkin Ummah 2017’ yang telah berlangsung pada hari Selasa, 10 Oktober 2017 di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kompleks Islam Putrajaya.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Malaysia MEDIU (PERMAM) yang terdiri dari Muhammad Hafiz Bin Noraman Shah, Muhammad Ali Bin Salleh, Muhammad Khairulza’im Bin Ariffin, Nurul Syahirah Bt Mat Yasin dan Nur Syafiqah Nabilah Bt Amirudin telah menghadiri seminar tersebut bagi memenuhi jemputan dari pihak penganjur antaranya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Institusi Wasatiyah Malaysia.

Seminar ini bertujuan bagi menerapkan nilai-nilai Islam di dalam aktiviti operasi perkhidmatan awam berteraskan konsep wasatiyyah di mana ia telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya pembentang kertas kerja dan forum.

Antara pembentang kertas kerja pada seminar tersebut adalah Profesor Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, Profesor Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail, Profesor Madya Dr. Sharifah Latifah Syed Abdul Kadir, Profesor Madya Dr. Siti Arni Basir, Ustaz Zakaria bin Othman, Dr. Mohd Affandii Mat Rani, Profesor Madya Dr. Ilhamie Abdul Ghani Azmi, Dr. Azah Anir Norman dan Dr.. Raja Jamilah Raja Yusof. Manakala barisan panel terdiri dari YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. Zulkurnain Hj. Awang, YBhg. Datuk Dr. Mohd Tap bin Saleh dan YBhg. Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Din.

Seminar ini telah memberi banyak manfaat kepada sektor perkhidmatan awam dan secara tidak langsung dapat mengubah gerak kerja menjadi lebih baik dan lancar.