Prof. Dr. Mohammad bin Khalifa Al-Tamimi telah berpeluang untuk bertemu dengan para pelajar graduan MEDIU dari Arab Saudi pada hari Jumaat, 28 Oktober 2016 semasa lawatan kerja beliau di Riyadh baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, para graduan melahirkan rasa kegembiraan di atas peluang bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU dan beliau menggesa graduan untuk meneruskan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam pelbagai disiplin dan menggalakkan mereka dalam menghasilkan penyelidikan yang berkesan, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan hubungan antara universiti dan pihak alumni.