Prof. Dr. Mohammad bin Khalifa Al-Tamimi telah berpeluang untuk bertemu dengan para pelajar graduan MEDIU dari Kuwait pada hari Isnin, 24 Oktober 2016 semasa lawatan kerja beliau di Kuwait baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, para graduan melahirkan rasa kegembiraan di atas peluang bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU dan beliau menggesa graduan untuk meneruskan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam pelbagai disiplin dan menggalakkan mereka dalam menghasilkan penyelidikan yang berkesan, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan hubungan antara universiti dan pihak alumni. Prof. Dr. Mohammad menyatakan akan keperluan Kementerian Pengajian Tinggi di Kuwait untuk menyelaraskan dengan Kedutaan Kuwait di Malaysia di atas pengiktirafan sijil untuk faedah kedua-dua belah pihak.









