fbpx

Sesi Wacana oleh Sheikh Assim Alhakeem

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan tetamu kehormat, Sheikh Assim Alhakeem, seorang tokoh Islam yang terkenal dari Jeddah, Arab Saudi pada hari Khamis, 22 Mac 2018. Sheikh Assim Alhakee menyatakan penghargaannya kepada pihak pengurusan MEDIU di atas peluang untuk lawatan muhibah tersebut serta diberi penghormatan untuk menyampaikan ceramah ringkas ‘Menangani Kemurungan dari Perspektif Islam’ kepada pihak pengurusan dan kakitangan universiti.

Sheikh Assim Alhakeem merupakan lulusan Universiti Umm al-Qura yang berprestij di Makkah, Arab Saudi pada tahun 1998. Kini, Shaikh Assim adalah seorang Imam masjid di Jeddah dan memegang peranan tersebut selama 20 tahun, di mana beliau menyampaikan khutbah dan kuliah Jumaat setiap minggu dari pelbagai aspek Islam. Sheikh Assim Alhakeem juga turut serta dalam program radio dan televisyen Islam untuk menyebarkan ajaran Islam berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah.

Sila lihat pautan untuk mengakses bahan-bahan Islamik dalam Bahasa Inggeris di http://www.assimalhakeem.net