Sidang Media Bersama Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden Perwakilan Pelajar dan Pelajar MEDIU yang telah diadakan pada hari ini 21 Mac 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr.Muhammad Khalifa Al-Tamimi telah merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil media yang hadir yang mewakili Media Prima (Tv9) Utusan Malaysia, BERNAMA, BERNAMA TV, TV Selangor dan Selangor Kini.
Pertemuan ini bermatlamat bagi mendedahkan tentang peranan dan matlamat MEDIU serta perkembangan terkini. “Semoga usaha murni daripada rakan-rakan media mendapat limpahan ganjaran baik yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wataala”. Ujar Prof. Dr.Muhammad Khalifa Al-Tamimi.