fbpx

Sidang Media: Pelancaran Program Mubeen

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melancarkan ‘PROGRAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB (MUBIN) KHUSUS KEPADA PENUTUR BUKAN BAHASA ARAB SECARA PERCUMA’ pada hari Khamis, 29 September 2016. Program yang telah bermula pada bulan Ogos 2016 telah menempatkan 1,800 orang pelajar yang terdiri daripada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Sesi pengambilan seterusnya akan dibuka pada bulan November 2016 dimana program ini adalah usahasama bersama Tawq International Services, Saudi. Sesi sidang media tersebut menjelaskan secara terperinci berkenaan program ini secara visual dan manual dengan dihadiri ioleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU (Bahagian Kajian & Penyelidikan), Prof. Madya Dr. AB Rahim Ismail; Pengarah Program, Prof. Madya Dr Daud Abdul Quadir Elega dan Prof.Madya Dr. Elsayed Mohamed Salem.