fbpx

Status Kelulusan Permohonan Institusi Dual Mod oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima status kelulusan permohonan institusi dual mod baru-baru ini. Surat kelulusan tersebut telah diperolehi melalui surat yang diterima pada 8 September 2016 oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

Kejayaan ini meruapakan usaha kerjasama pihak universiti di dalam mencapai matlamat dalam bidang pendidikan serta mengiktiraf kepentingan pendidikan yang berkualiti. Sehingga kini, sejumlah 66 program akademik telah menerima pengiktirafan sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Dengan adanya kelulusan status dual mod ini, pihak universiti dapat menawarkan lebih banyak program akademik pada masa akan datang selaras dengan kehendak permintaan pasaran serta melaksanakan penambahbaikan kepada program akademik yang sedia ada.

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi [KPT/JPS/DFT/US/B22] ditubuhkan sejak Jun 2007, merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pembelajaran program akademik secara dalam talian dan konvensional di peringkat global.