fbpx

Sukarelawan MEDIU Bersama Penduduk Bersihkan Surau Seksyen 11

Sukarelawan MEDIU Bersama Penduduk Bersihkan Surau Seksyen 11

Sukarelawan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Yang Terdiri Daripada Mahasiswa, Pensyarah dan Kakitangan Telah Bersama Penduduk Seksyen 11 Shah Alam bagi melangsungkan aktiviti Mengimarah dan membersih Surau Hidayah pada 7 Mei 2016.

Program dengan kerjasama Pemimipin Masyarakat Bahagian Shah Alam, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Hidayah dan penduduk Seksyen 11, Bandaraya Shah Alam.

Diantara aktiviti yang dijalankan ialah bertaaruf dikalangan peserta, mencuci dan membersihkan surau dan persekitarannya serta penyerahan Al Quran kepada Surau Al-Amin.

Turut serta ialah Pengerusi Surau Hidayah, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Zaini Osman, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Y.Bhg. Datuk Azhari Shaari dan Naib Ketua Bahagian Shah Alam yang juga penganjur bersama program, Y.Bhg. Datuk Nor Hisham Ses.

Sukarelawan MEDIU telah diketuai oleh Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Madya Dr. Ayman Aied Mohammed Mamdouh dengan turut disertai Dekan Pusat Pasca Siswazah, Prof. Madya Dr. Ashraff Hasan Mohammad, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Prof. Madya Dr. Khaled Hamdy Abdel Karim Kassem dan Dr. Umar ‘Aliyu, Ketua Jabatan Pendaftar, En. Al Harath Abdul Azeez, Pengurus Pejabat Rektor, En. Abdullah Al-Atarrad dan Ketua Jabatan Perhubungan Awam, En. Jamaluddin Hussain.