fbpx

Sukarelawan MEDIU Bersihkan Surau Al-Amin Dan Waqaf Al-Quran

Sukarelawan MEDIU Bersihkan Surau Al-Amin Dan Waqaf Al-Quran

 

Program Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) bersama masyarakattelah berlangsung di Surau Al-Amin, Seksyen 18, Shah Alam. Program yang melibatkan Kakitangan, Pensyarah dan Siswa MEDIU ini telah diadakan pada 9 April 2016 dengan kerjasama Pemimipin Masyarakat Bahagian Shah Alam, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Amin dan penduduk Seksyen 18, Bandaraya Shah Alam.

Program gotong royong bagi membersihkan  Surau Al-Amin dan kawasan persekitaranya itu telah dihadiri oleh  Ketua UMNO  Bahagian  Shah Alam,  Datuk Azahari  Bin Syaari dan  Naib Ketua Pemuda UMNO  Bahagian Shah Alam, Dato’ Nor Hisham Bin Ses.

Diantara aktiviti yang dijalankan ialah bertaaruf dikalangan peserta, mencuci dan membersihkan surau dan persekitarannya serta penyerahan Al Quran kepada Surau Al-Amin.

“Program ini cukup bermakna bagi saya menimba pengalaman dan hubungan persaudaraan bersama masyarakat di sini. Saya dapat melihat  dengan sendiri keperihatinan masyarakat disini dalam memelihara rumah ibadat dan hubungan dengan al Quran  dan merasai sendiri kebaikan dan ramah mesra dari mereka. Penduduk di sini tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar kepada kami. Saya akan memastikan untuk tidak terlepas dari menyertai program sebegini pada masa akan datang”.  Menurut kenyataan peserta yang merupakan pelajar semester 5, Fakulti Kejuruteraan, Abu Bakar Abdullahi dari Wilayah Kaduna, Nigeria.

“Dapat meluangkan waktu untuk berbakti bersama masyarakat merupakan satu kepuasann bagi saya. Pelbagai pengalaman dapat dikaut sebagai bekalan untuk kami pulang ke negara asal nanti. Saya akan memberi kemitmen sepenuhnya sekiranya terdapat aktiviti seperti lagi selepas ini”. Zakirul Islam, Pelajar dari Bangladesh

Kakitangan yang mewakili MEDIU ialah :

Prof. Madya Dr. Ayman Aied Mohammed Mamdouh – Ketua Delegasi MEDIU dan Dekan Fakulti Pendidikan  (asal Egypt)

Prof. Madya Dr. Ashraff Hasan Mohammad – Dekan Pusat Pasca Siswazah  (asal Egypt)

Prof. Madya Dr. Khaled Hamdy AbdelKarim Kassem – Pensyarah Fakulti Pengajian Islam (asal Egypt)

En. Jamaluddin Hussain        -Ketua Jab. Perhubungan Awam

Pn Nurul Hazuieen Abd Hakim –Ketua Unit Pengaturcara dan Pengurusan Persidangan

En. Ahmad Syakir Bin Asri – Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Korporat